Sunday 1 March 2015

Pembentukan Malaysia


LATAR BELAKANG
    Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang   pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.
Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya, diterima oleh penduduk Malaya dan Singapura,tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. 
Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telahmembuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama Inggeris-Malaya yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia.
Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963 , yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong Penubuhan Malaysia. Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negara yang merdeka.



PENYATAAN MASALAH
          Pernyataan masalah bagi kajian ini, bagaimana remaja zaman ini menitikberatkan semangat patriotisme di dalam diri mereka agar semangat cintakan negara dapat dilahirkan. Sejak kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada marcapada yang pesat membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk membina jati diri yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak cinta”.Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.
Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa.
Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan semangat “Malaysia Boleh” seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para pendaki Gunung Everest.
Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi. Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.
Selain itu, generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
 Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.
Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.
Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu “Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak yang tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara daripada dibelenggu penjajah.



OBJEKTIF KAJIAN

(A)Latar Belakang Pembentukan Malaysia
         Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Dalam ucapan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Boneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.
Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta bersaing utama dalam menghadapi sebarang persaingan berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan pada peringkat antarabangsa. Cadangan ini juga membawa maksud perlunya ada kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dari segi politk,ekonomi dan sosial sekali gus sanggup bekerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baharu di Asia Tenggara.

Keseluruhanya, idea pembentukan Malaysia ini telah menarik perhatian wartawan-wartawan yang hadir pada hari tersebut dan kemudian menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif di Asia Tenggara, terutama di wilayah-wilayah yang terbabit. Akhbar-akhbar di seluruh Asia Tenggara juga turut membahaskan isu ni.

Banyak pihak yang mendakwa bahawa idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ini adalah secara tergesa-gesa dan mengejut tanpa membuat sebarang persediaan awal berhubung penggabungan wilayah tersebut. Dakwaan ini sewajarnya disangkal kerana sebelum pengumuman tersebut dibuat, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan beberapa orang tokoh yang berkaitan dengan wilayah-wilayah tersebut.
  
Pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan  Lee Kuan Yew di Singapura diadakan pada bulan Januari 1961, manakala dengan Senu Abdul Rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1960. Pertemuan beliau dengan Perdana Menteri British, Harold Macmillan pula diadakan pada awal tahun 1961 di London. Peristiwa-peristiwa tersebut membuktikan usul penggabungan wilayah-wilayah terbabit diutarakan dengan lebih jelas, penuh komitmen dan berpandangan jauh.

Sebenarnya idea penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah pernah dibincangkan beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Misalnya pada abad ke-19, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara, iaitu Lord Brassey pernah mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan wilayah jajahan mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi sebuah tanah jajahan. Namun, cadangan ini ditolak oleh pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan.

Selain itu,  selepas perang dunia kedua,  idea penggabungan semua wilayah jajahan british pernah dicadangakan oleh Pesuruhjaya Besar British, Malcom Mac Donald (1949-1952), namun sekali lagi cadangan ini tidak dilaksanakan. Cadangan seumpama ini juga pernah dilahirkan oleh Mohd Ghazli Shafie pada tahun 1954 yang mengesyorkan penubuhan komanwel Asia Tenggara.
Idea gabungan yang lebih kecil melibatkan hanya Tanah Melayu dan Singapura juga pernah diutarakan beberapa kali, terutama oleh ketua menteri singapura. Bermula daripada ketua menteri yang pertama, David Marshall kemudian dibangkitkan pula oleh ketua menteri kedua, Lim Yew Hock.

Perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura untuk bergabung dengan tanah melayu sebagai sebuah wilayah politik. Namun dalam tempoh tersebut, cadangan tidak mencukupi perhatian kerajaan perikatan di Tanah Melayu.
 Penggabungan kecil yang hanya melibatkan Singapura dan Tanah Melayu tidak dapat terima oleh Persekutuan Tanah Melayu kerana fenomena ini akan melibatkan ancaman kepada politik Tanah Melayu. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majoriti masyarakat Melayu yang wujud pada waktu ini.

Imbangan kaum seumpama ini akan dipandang sebagai isu sensitif kepada masyarakat Melayu yang sebelum ini lebih ramai dan mempunyai suara (hak-hak istimewa) dalam Persekutuan  Tanah Melayu. Selain itu, dikhuatiri juga ideologi komunis yang sedang hangat menular di Singapura akan merebak dengan mudah ke Tanah Melayu akibat penggabungan ini.

(B)Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia Dan Reaksi Penentangan Terhadap Malaysia

           Faktor-faktor pembentukan Malaysia antaranya, mempercepatkan proses kemerdekaan iaitu selaras dengan Piagam Atlantik 1945 yang menekankan prinsip berkerajaan sendiri, British berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura jika mereka bersetuju menyertai gagasan Malaysia. Dalam masa yang sama, British dapat membendung pengaruh komunis.

Mengekang ancaman komunis iaitu British bimbang dengan perkembangan ancaman komunis. Di singapura, komunis berjaya menyusup masuk ke dalam parti tindakan rakyat (PETIR) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Di Sarawak, pengaruh komunis berjaya mempengaruhi ahli Parti Bersatu Rakyat (SUPP). Pengaruh komunis turut berkembang di Brunei & Indonesia. Oleh itu, British mencadangkan agar negeri-negeri jajahannya iaitu Tanah Melayu, Sabah, Singapura dan Sarawak digabungkan bagi mengekang ancaman komunis.

Membentuk kerjasama ekonomi iaitu negeri yang bergabung membentuk Malaysia masing-masing kaya dengan bahan mentah seperti biji timah, petroleum, arang batu & getah. Kekayaan hasil bumi ini diharap dapat memacu kepesatan ekonomi dan perdagangan antara negeri.

Mewujudkan keseimbangan ekonomi iaitu TAR bimbang akan ketidakseimbangan kaum. Jumlah kaum Cina akan menjadi lebih ramai sekaligus mengancam kedudukan orang Melayu. Penyertaan Sabah, Brunei dan Sarawak dapat mengimbangi jumlah kaum Cina kerana majoriti ketiga negeri tersebut merupakan bumiputera.

Reaksi negara-negara luar terhadap pembentukan Malaysia, pada peringkat awal, pemerintah Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
Pada akhir tahun 1962 barulaha muncul bantahan terhadap pembentukan Malaysia kerana dikatakan Malaysia sebagai neo kolonialisme (penjajah baru) yang tentunya akan mengancam kedudukan serta kedaulatan negara Republik Indonesia. Keadaan ini berlaku kerana Sukarno dipengaruhi oleh pemimpin Parti Komunis Indonesia yang menggesa dilakukan penentangan bersenjata. Akhirnya Sukarno mengisytiharkan Dasar Konfrontasi ke atas Malaysia.

Dasar Konfrontasi ini dilancarkan dengan menggunakan slogan “Ganyang Malaysia” pada 20 Januari 1963, iaitu bermula dengan serangan terhadap kapal-kapal nelayan di Tanah Melayu yang bermula di kawasan perairan Johor. Seterusnya, pencerobohan ruang udara Malaysia di Tanah Melayu dan perbatasan Sarawak & Sabah. Menggunakan pentas antarabangsa seperti Persidangan Afro-Asia  untuk memburukkan Malaysia.
Hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia berpanjangan sehinggalah Jeneral Suharto menjatuhkan regim Sukarno pada September 1965 dan menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik untuk memulihkan hubungan dengan Malaysia.
Akhirnya Thailand menjadi orang tengah dan rundingan diadakan pada tahun 1966 yang diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Adam Malik.
Akibatnya Malaysia melancarkan tindak balas, iaitu mendapatkan bantuan tentera Komanwel dari Fiji, Australia, Britain, Kanada dan New Zealand. Dan Tunku menghantar bantahan secara rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan itu, serta Tun Abdul Razak menjelajah ke Afrika bagi memberi penjelasan terhadap tohmahan Indonesia.

Reaksi Filipina, Presiden Diosdado Macapagal menuntut ketuanan Filipina ke atas Sabah yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu pada bulan Jun 1962. 
Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Sulu Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck yang kemudiannya menjual kepada Alfred Dent. Syarikat Alfred kemudiannya mendapat Piagam DiRaja British. Pada tahun 1881 bertukar nama kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU-SBUB).
Pada tahun 1946 SBBU menyerahkan Sabah kepada kerajaan British dan ditamatkan oleh waris Sultan Sulu iatu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958. 

Pada bulan Jun 1966, Kerajaan Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha memulihkan hubungan dalam keanggotaan MAPHILINDO (Malaysia-Filipina-Indonesia).
Walau bagaimanapun isu tuntutan Sulu ke atas Sabah muncul kembali pada tahun 2013 apabila berlaku pencerobohan tentera Diraja Sulu atas restu Sultan Esmail Kiram di Kampung Tanduo (Dalam Felda Sahabat 17), Lahad Datu, Sabah. Ertinya biarpun kerajaan Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966, tetapi Kesultanan Sulu masih menuntut ketuanan mereka ke atas Sabah berdasarkan dokumen 1958.

PERSOALAN KAJIAN

(A)Faktor Pembentukan Malaysia
       Faktor-faktor pembentukan Malaysia, mempercepatkan proses kemerdekaan iaitu selaras dengan Piagam Atlantik 1945 yang menekankan prinsip berkerajaan sendiri, British berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura jika mereka bersetuju menyertai gagasan Malaysia. Dalam masa yang sama, British dapat membendung pengaruh komunis.
Mengekang ancaman komunis iaitu British bimbang dengan perkembangan ancaman komunis. Di singapura, komunis berjaya menyusup masuk ke dalam parti tindakan rakyat (PETIR) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Di Sarawak, pengaruh komunis berjaya mempengaruhi ahli Parti Bersatu Rakyat (SUPP). Pengaruh komunis turut berkembang di Brunei & Indonesia. Oleh itu, British mencadangkan agar negeri-negeri jajahannya iaitu Tanah Melayu, Sabah, Singapura dan Sarawak digabungkan bagi mengekang ancaman komunis.
Membentuk kerjasama ekonomi iaitu negeri yang bergabung membentuk Malaysia masing-masing kaya dengan bahan mentah seperti biji timah, petroleum, arang batu & getah. Kekayaan hasil bumi ini diharap dapat memacu kepesatan ekonomi dan perdagangan antara negeri.
Mewujudkan keseimbangan ekonomi iaitu TAR bimbang akan ketidakseimbangan kaum. Jumlah kaum Cina akan menjadi lebih ramai sekaligus mengancam kedudukan orang Melayu. Penyertaan Sabah, Brunei dan Sarawak dapat mengimbangi jumlah kaum Cina kerana majoriti ketiga negeri tersebut merupakan bumiputera.

(B)Reaksi Penentangan Terhadap Malaysia
Reaksi negara-negara luar terhadap pembentukan Malaysia, pada peringkat awal, pemerintah Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
Pada akhir tahun 1962 barulaha muncul bantahan terhadap pembentukan Malaysia kerana dikatakan Malaysia sebagai neo kolonialisme (penjajah baru) yang tentunya akan mengancam kedudukan serta kedaulatan negara Republik Indonesia. Keadaan ini berlaku kerana Sukarno dipengaruhi oleh pemimpin Parti Komunis Indonesia yang menggesa dilakukan penentangan bersenjata. Akhirnya Sukarno mengisytiharkan Dasar Konfrontasi ke atas Malaysia.
Dasar Konfrontasi ini dilancarkan dengan menggunakan slogan “Ganyang Malaysia” pada 20 Januari 1963, iaitu bermula dengan serangan terhadap kapal-kapal nelayan di Tanah Melayu yang bermula di kawasan perairan Johor. Seterusnya, pencerobohan ruang udara Malaysia di Tanah Melayu dan perbatasan Sarawak & Sabah. Menggunakan pentas antarabangsa seperti Persidangan Afro-Asia  untuk memburukkan Malaysia.
Hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia berpanjangan sehinggalah Jeneral Suharto menjatuhkan regim Sukarno pada September 1965 dan menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik untuk memulihkan hubungan dengan Malaysia.
Akhirnya Thailand menjadi orang tengah dan rundingan diadakan pada tahun 1966 yang diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Adam Malik.
Akibatnya Malaysia melancarkan tindak balas, iaitu mendapatkan bantuan tentera Komanwel dari Fiji, Australia, Britain, Kanada dan New Zealand. Dan Tunku menghantar bantahan secara rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan itu, serta Tun Abdul Razak menjelajah ke Afrika bagi memberi penjelasan terhadap tohmahan Indonesia.
Reaksi Filipina, Presiden Diosdado Macapagal menuntut ketuanan Filipina ke atas Sabah yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu pada bulan Jun 1962. 
Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Sulu Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck yang kemudiannya menjual kepada Alfred Dent. Syarikat Alfred kemudiannya mendapat Piagam DiRaja British. Pada tahun 1881 bertukar nama kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU-SBUB).
Pada tahun 1946 SBBU menyerahkan Sabah kepada kerajaan British dan ditamatkan oleh waris Sultan Sulu iatu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958. 
Pada bulan Jun 1966, Kerajaan Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha memulihkan hubungan dalam keanggotaan MAPHILINDO (Malaysia-Filipina-Indonesia).

Walau bagaimanapun isu tuntutan Sulu ke atas Sabah muncul kembali pada tahun 2013 apabila berlaku pencerobohan tentera Diraja Sulu atas restu Sultan Esmail Kiram di Kampung Tanduo (Dalam Felda Sahabat 17), Lahad Datu, Sabah. Ertinya biarpun kerajaan Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966, tetapi Kesultanan Sulu masih menuntut ketuanan mereka ke atas Sabah berdasarkan dokumen 1958.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kepada individu:
                     Dapat mengetahui sejarah yang berlaku di negara sendiri
Kepentingan kepada masyarakat:
                     Menjaga hubungan sesama kaum seperti menghadiri rumah terbuka sempena perayaan
Kepentingan kepada negara:
                     Menjalankan hubungan baik dengan negara lain dari segi ekonomi


SKOP KAJIAN
Memandangkan Pembentukkan Malaysia merupakan satu perbincangan yang luas, sudah tentu pelbagai aspek boleh diteliti. Namun begitu, kajian ini terbatas kepada beberapa perkara seperti
i.           Kajian ini mengenai idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi &
             politik yang melibatkan PTM dengan wilayah jajahan British.
ii.         Kajian mengenai reaksi penentangan terhadap pembentukan Malaysia.
iii.                Lokasi kajian ini di PTM & wilayah jajahan British iaitu Singapura, Borneo
            Utara(Sabah), Sarawak dan Brunei.

KAJIAN KEPERPUSTAKAAN
         Di peringkat awal, penyelidik menumpukan kepada kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan untuk pengumpulan maklumat yang berkaitan tentang latar belakang pembentukan Malaysia serta faktor-faktor pembentukan Malaysia dan apakah reaksi terhadap pembentukan Malaysia ini. Maklumat yang dikumpulkan merangkumi teori-teori ynag berkaitan pembentukan Malaysia. Kesemua maklumat ini diperlukan untuk membina landasan teori kajian dan mengukuhkan kefahaman penyelidik terhadap pembentukan Malaysia.

Selain itu, kajian perpustakaan juga dilaksanakan untuk mengumpulkan maklumat berkenanaan dengan faktor-faktor yang terlibat dalam pembentukan Malaysia bagi mempercepatkan proses kemerdekaan.

Teks dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan maklumat di atas diperolehi dari sumber buku rujukan dan internet serta lain-lain dokumen yanag berkenaan.

KAEDAH KAJIAN
-METODOLOGI
            Metodologi yang kami pilih adalah kaedah kepustakaan dimana kami telah meneliti sumber-sumber bertulis bagi mendapatkan maklumat tentang pembentukan Malaysia. Sebagai contoh kami telah menggunakan sumber-sumber bertulis seperti internet dan buku rujukan. Banyak maklumat yang kami dapati daripada sumber-sumber bertulis ini contohnya seperti apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia serta apakah reaksi penentangan terhadap pembentukan Malaysia. Metodologi yang kami lakukan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif kajian selari dengan tugasan yang diberikan. Info yang kami perolehi daripada sumber-sumber bertulis ini sangat membantu kami dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Dalam masa yang sama kita dapat mengetahui tentang latar belakang pembentukan negara kita. 

DAPATAN KAJIAN
        Pembentukan Malaysia merupakan satu perbincangan yang luas. Oleh itu, banyak pihak yang mendakwa idea pembentukkan Malaysia oleh TAR ini adala tergesa-gesa atau mengejut tanpa membuat sebarang persediaan awal berhubung pergabunggan tersebut. Idea TAR ialah untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan PTM dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Borneo utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.

PENUTUP
          Perjalanan sejarah membuktikan negara ini pernah diceroboh oleh kuasa asing. Justeru, masyarakat Melayu selaku masyarakat peribumi haruslah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka. Perjuangan ini kemudiannya disusuli juga oleh kaum-kaum lain yang kemudian bersama-sama berusaha untuk memartabatkan sebuah negara yang merdeka. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum pastinya akan membuahkan hasil apabila kemerdekaan berjaya dikecapi dan matlamat mendirikan negara berdaulat tercapai pada tahun 1957.

Seiring dengan perjalanan masa dan perkembangan politik rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digagaskan dan akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa Brunei. Namun, Singapura pula telah keluar daripada persekutuan Malaysia selepas dua tahun persekutuan Malaysia ditubuhkan. Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberikan banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sama ada dari segi politik mahupun sosioekonomi.

RUJUKAN
         Buku rujukan Pengajian Am Tingkatan 6 mukasurat 108 hingga 112 dikarang oleh R.Kuberan, Foo Kok Man serta Mohd Azami Ahmad.









Saturday 28 February 2015

All About Us



 

 Nurul Ainaa Nadhirah binti Mohd Ishar
 19 tahun 
 24 Mac 1996
 Hospital Besar Melaka
 NO 335 Jalan Politeknik 6A,
Taman Politeknik Port Dickson 
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
 Suka makan makanan yang dibuat bonda tercinta
 Neslo ais 
 Hobi bersukan
 Cita-cita untuk menjadi seorang Pengurus Sukan
 Student Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
 Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
 mey96meyra@gmail.com



 Nurul Aqilah Rostam
 19 tahun
 6 Mei 1996
 Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang
 Batu 19 1/2 Kg Pondok Kempas, Selandar, 77500 Jasin, Melaka
 Nasi goreng USA
 Milo ais dan Jus oren
 Student Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
 Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
 aqilah_rostam@yahoo.com




✖ Maizatul Shahirah binti Raihan
19 tahun
21 Julai 1996
Hospital Sultanah Fatimah, Muar
Lot 5891 Bt 17 Jln Sengkang Bukit Gambir 84800, Ledang, Johor
 Mee rebus
 Milo ais
 Bermain hoki, mendengar lagu
✖ Guru
✖ Student Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
✖ Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
✖ maizatulshahirah217@gmail.com