LATAR BELAKANG
Pada tahun 1955,
Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah
Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang
diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan
Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di
Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.
Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961
apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang
lebih luas merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak,
Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara
amnya, diterima oleh penduduk Malaya dan Singapura,tetapi
menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telahmembuat
tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia
yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan
Parti Komunis Indonesia.Cadangan ini bagaimanapun mempunyai
kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di
Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei
dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama Inggeris-Malaya yang
diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan
Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong
penubuhan Malaysia.
Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan
Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu
misi ke Borneo pada tahun 1963 , yang turut melaporkan bahawa pandangan awam
rata-rata menyokong Penubuhan Malaysia. Justeru, pada 16 September 1963,
Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan
Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai
Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan
menjadi sebuah negara yang merdeka.
PENYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah bagi kajian ini, bagaimana remaja
zaman ini menitikberatkan semangat patriotisme di dalam diri mereka agar
semangat cintakan negara dapat dilahirkan. Sejak kebelakangan ini, banyak
diperkatakan tentang pemupukan semula semangat kebangsaan atau nasionalisme
dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Gesaan ini memang wajar
memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangat kebangsaan
seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau dikatakan semangat cinta
akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah longgar, lemah, dan tidak
bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada marcapada yang pesat
membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk
membina jati diri yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk
semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka
hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk
kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta
pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf,
bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak cinta”.Kalau generasi muda tahu akan
pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan
negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran
yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.
Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta
akan negara dalam diri setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada
bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong,
bertoleransi serta berbudi bahasa.
Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit
daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat
kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang
dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan
semangat “Malaysia Boleh” seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan
para pendaki Gunung Everest.
Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk
pada peringkat awal persekolahan lagi. Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak
mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.
Selain itu, generasi muda hendaklah digalakkan
melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan
peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan negara
daripada ancaman musuh.
Misalnya,
kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan
mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,
Belanda dan Inggeris.
Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu
didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan
perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk
memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi
kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.
Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada
lagu-lagu patriotik terutama lagu “Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan
taat kepada negara.Pihak -pihak yang tertentu seperti Persatuan Sejarah
Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan semangat
patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti ini akan
memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah
yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara
tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam
demi kemerdekaan negara daripada dibelenggu penjajah.
OBJEKTIF KAJIAN
(A)Latar Belakang Pembentukan
Malaysia
Idea
pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang telah dibuat
oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Dalam
ucapan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah melahirkan idea untuk mewujudkan satu
bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu
dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Boneo Utara (Sabah), Sarawak
dan Brunei.
Idea ini dilahirkan
atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri
sendiri serta bersaing utama dalam menghadapi sebarang persaingan berasingan,
terutama dalam menghadapi sebarang persaingan pada peringkat antarabangsa.
Cadangan ini juga membawa maksud perlunya ada kerjasama antara penduduk
wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dari segi politk,ekonomi
dan sosial sekali gus sanggup bekerjasama dengan kerajaan British dalam
menjayakan pembentukan gagasan politik baharu di Asia Tenggara.
Keseluruhanya, idea
pembentukan Malaysia ini telah menarik perhatian wartawan-wartawan yang hadir
pada hari tersebut dan kemudian menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif
di Asia Tenggara, terutama di wilayah-wilayah yang terbabit. Akhbar-akhbar di
seluruh Asia Tenggara juga turut membahaskan isu ni.
Banyak pihak yang
mendakwa bahawa idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ini adalah
secara tergesa-gesa dan mengejut tanpa membuat sebarang persediaan awal
berhubung penggabungan wilayah tersebut. Dakwaan ini sewajarnya disangkal
kerana sebelum pengumuman tersebut dibuat, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan
beberapa orang tokoh yang berkaitan dengan wilayah-wilayah tersebut.
Pertemuan Tunku Abdul
Rahman dengan Lee Kuan Yew di Singapura
diadakan pada bulan Januari 1961, manakala dengan Senu Abdul Rahman semasa
kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1960. Pertemuan beliau
dengan Perdana Menteri British, Harold Macmillan pula diadakan pada awal tahun
1961 di London. Peristiwa-peristiwa tersebut membuktikan usul penggabungan
wilayah-wilayah terbabit diutarakan dengan lebih jelas, penuh komitmen dan
berpandangan jauh.
Sebenarnya idea
penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah pernah dibincangkan
beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Misalnya pada abad ke-19,
pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara, iaitu Lord Brassey pernah
mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan wilayah jajahan
mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi sebuah
tanah jajahan. Namun, cadangan ini ditolak oleh pemegang-pemegang saham
syarikat berkenaan.
Selain itu, selepas perang dunia kedua, idea penggabungan semua wilayah jajahan
british pernah dicadangakan oleh Pesuruhjaya Besar British, Malcom Mac Donald
(1949-1952), namun sekali lagi cadangan ini tidak dilaksanakan. Cadangan
seumpama ini juga pernah dilahirkan oleh Mohd Ghazli Shafie pada tahun 1954
yang mengesyorkan penubuhan komanwel Asia Tenggara.
Idea gabungan yang
lebih kecil melibatkan hanya Tanah Melayu dan Singapura juga pernah diutarakan
beberapa kali, terutama oleh ketua menteri singapura. Bermula daripada ketua
menteri yang pertama, David Marshall kemudian dibangkitkan pula oleh ketua
menteri kedua, Lim Yew Hock.
Perdana menteri
Singapura, Lee Kuan Yew juga pernah mengetengahkan hasrat Singapura untuk
bergabung dengan tanah melayu sebagai sebuah wilayah politik. Namun dalam
tempoh tersebut, cadangan tidak mencukupi perhatian kerajaan perikatan di Tanah
Melayu.
Penggabungan kecil yang
hanya melibatkan Singapura dan Tanah Melayu tidak dapat terima oleh Persekutuan
Tanah Melayu kerana fenomena ini akan melibatkan ancaman kepada politik Tanah
Melayu. Jumlah besar masyarakat Cina di Singapura boleh menggugat majoriti
masyarakat Melayu yang wujud pada waktu ini.
Imbangan kaum seumpama
ini akan dipandang sebagai isu sensitif kepada masyarakat Melayu yang sebelum
ini lebih ramai dan mempunyai suara (hak-hak istimewa) dalam Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, dikhuatiri juga
ideologi komunis yang sedang hangat menular di Singapura akan merebak dengan
mudah ke Tanah Melayu akibat penggabungan ini.
(B)Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia Dan
Reaksi Penentangan Terhadap Malaysia
Faktor-faktor
pembentukan Malaysia antaranya,
mempercepatkan proses kemerdekaan iaitu selaras dengan Piagam Atlantik 1945
yang menekankan prinsip berkerajaan sendiri, British berjanji akan memberi
kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura jika mereka bersetuju menyertai
gagasan Malaysia. Dalam masa yang sama, British dapat membendung pengaruh
komunis.
Mengekang ancaman komunis iaitu British bimbang dengan perkembangan
ancaman komunis. Di singapura, komunis berjaya menyusup masuk ke dalam parti
tindakan rakyat (PETIR) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Di Sarawak, pengaruh
komunis berjaya mempengaruhi ahli Parti Bersatu Rakyat (SUPP). Pengaruh komunis
turut berkembang di Brunei & Indonesia. Oleh itu, British mencadangkan agar
negeri-negeri jajahannya iaitu Tanah Melayu, Sabah, Singapura dan Sarawak
digabungkan bagi mengekang ancaman komunis.
Membentuk kerjasama ekonomi iaitu negeri yang bergabung membentuk
Malaysia masing-masing kaya dengan bahan mentah seperti biji timah, petroleum,
arang batu & getah. Kekayaan hasil bumi ini diharap dapat memacu kepesatan
ekonomi dan perdagangan antara negeri.
Mewujudkan keseimbangan ekonomi iaitu TAR bimbang akan ketidakseimbangan
kaum. Jumlah kaum Cina akan menjadi lebih ramai sekaligus mengancam kedudukan
orang Melayu. Penyertaan Sabah, Brunei dan Sarawak dapat mengimbangi jumlah
kaum Cina kerana majoriti ketiga negeri tersebut merupakan bumiputera.
Reaksi negara-negara luar terhadap pembentukan Malaysia, pada peringkat awal, pemerintah Indonesia tidak menunjukkan
sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
Pada akhir tahun 1962 barulaha muncul bantahan terhadap
pembentukan Malaysia kerana dikatakan Malaysia sebagai neo kolonialisme (penjajah baru) yang tentunya akan mengancam
kedudukan serta kedaulatan negara Republik Indonesia. Keadaan ini berlaku
kerana Sukarno dipengaruhi oleh pemimpin Parti Komunis Indonesia yang menggesa
dilakukan penentangan bersenjata. Akhirnya Sukarno mengisytiharkan Dasar
Konfrontasi ke atas Malaysia.
Dasar Konfrontasi ini dilancarkan dengan
menggunakan slogan “Ganyang Malaysia” pada 20 Januari 1963, iaitu bermula
dengan serangan terhadap kapal-kapal nelayan di Tanah Melayu yang bermula di
kawasan perairan Johor. Seterusnya, pencerobohan ruang udara Malaysia di Tanah Melayu
dan perbatasan Sarawak & Sabah. Menggunakan pentas antarabangsa seperti
Persidangan Afro-Asia untuk memburukkan Malaysia.
Hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia
berpanjangan sehinggalah Jeneral Suharto menjatuhkan
regim Sukarno pada September 1965 dan menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik untuk memulihkan
hubungan dengan Malaysia.
Akhirnya Thailand menjadi orang tengah dan rundingan diadakan pada
tahun 1966 yang diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Adam Malik.
Akibatnya Malaysia melancarkan tindak balas, iaitu
mendapatkan bantuan tentera Komanwel dari Fiji, Australia, Britain, Kanada dan
New Zealand. Dan Tunku menghantar bantahan secara rasmi
kepada Setiausaha Agung PBB
berhubung pencerobohan itu, serta Tun Abdul Razak menjelajah ke Afrika bagi
memberi penjelasan terhadap tohmahan Indonesia.
Reaksi Filipina, Presiden Diosdado Macapagal
menuntut ketuanan Filipina ke atas Sabah yang merupakan sebahagian daripada
wilayah Kesultanan Sulu pada bulan Jun 1962.
Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang
ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Sulu Sultan Jamalul Alam
dengan Baron Von Overbeck yang kemudiannya menjual
kepada Alfred Dent. Syarikat
Alfred kemudiannya mendapat Piagam DiRaja British. Pada tahun 1881 bertukar
nama kepada Syarikat Berpiagam Borneo
Utara (SBBU-SBUB).
Pada tahun 1946 SBBU menyerahkan Sabah kepada
kerajaan British dan ditamatkan oleh waris Sultan Sulu iatu Sultan Esmail Kiram
pada 22 Januari 1958.
Pada bulan Jun 1966, Kerajaan Filipina telah
mengiktiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha memulihkan hubungan dalam keanggotaan MAPHILINDO (Malaysia-Filipina-Indonesia).
Walau bagaimanapun isu tuntutan Sulu ke atas Sabah
muncul kembali pada tahun 2013 apabila berlaku pencerobohan tentera Diraja Sulu
atas restu Sultan Esmail Kiram di Kampung Tanduo (Dalam Felda Sahabat 17),
Lahad Datu, Sabah. Ertinya biarpun kerajaan Filipina telah mengiktiraf
penubuhan Malaysia pada tahun 1966, tetapi Kesultanan Sulu masih menuntut
ketuanan mereka ke atas Sabah berdasarkan dokumen 1958.
PERSOALAN KAJIAN
(A)Faktor Pembentukan Malaysia
Faktor-faktor
pembentukan Malaysia,
mempercepatkan proses kemerdekaan iaitu selaras dengan Piagam Atlantik 1945
yang menekankan prinsip berkerajaan sendiri, British berjanji akan memberi
kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura jika mereka bersetuju menyertai
gagasan Malaysia. Dalam masa yang sama, British dapat membendung pengaruh komunis.
Mengekang ancaman komunis iaitu British bimbang dengan perkembangan
ancaman komunis. Di singapura, komunis berjaya menyusup masuk ke dalam parti
tindakan rakyat (PETIR) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Di Sarawak, pengaruh
komunis berjaya mempengaruhi ahli Parti Bersatu Rakyat (SUPP). Pengaruh komunis
turut berkembang di Brunei & Indonesia. Oleh itu, British mencadangkan agar
negeri-negeri jajahannya iaitu Tanah Melayu, Sabah, Singapura dan Sarawak
digabungkan bagi mengekang ancaman komunis.
Membentuk kerjasama ekonomi iaitu negeri yang bergabung membentuk
Malaysia masing-masing kaya dengan bahan mentah seperti biji timah, petroleum,
arang batu & getah. Kekayaan hasil bumi ini diharap dapat memacu kepesatan
ekonomi dan perdagangan antara negeri.
Mewujudkan keseimbangan ekonomi iaitu TAR bimbang akan ketidakseimbangan
kaum. Jumlah kaum Cina akan menjadi lebih ramai sekaligus mengancam kedudukan
orang Melayu. Penyertaan Sabah, Brunei dan Sarawak dapat mengimbangi jumlah
kaum Cina kerana majoriti ketiga negeri tersebut merupakan bumiputera.
(B)Reaksi Penentangan Terhadap Malaysia
Reaksi negara-negara luar terhadap pembentukan Malaysia, pada peringkat awal, pemerintah Indonesia tidak menunjukkan
sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
Pada akhir tahun 1962 barulaha muncul bantahan terhadap
pembentukan Malaysia kerana dikatakan Malaysia sebagai neo kolonialisme (penjajah baru) yang tentunya akan mengancam
kedudukan serta kedaulatan negara Republik Indonesia. Keadaan ini berlaku
kerana Sukarno dipengaruhi oleh pemimpin Parti Komunis Indonesia yang menggesa
dilakukan penentangan bersenjata. Akhirnya Sukarno mengisytiharkan Dasar
Konfrontasi ke atas Malaysia.
Dasar Konfrontasi ini dilancarkan dengan
menggunakan slogan “Ganyang Malaysia” pada 20 Januari 1963, iaitu bermula
dengan serangan terhadap kapal-kapal nelayan di Tanah Melayu yang bermula di
kawasan perairan Johor. Seterusnya, pencerobohan ruang udara Malaysia di Tanah Melayu
dan perbatasan Sarawak & Sabah. Menggunakan pentas antarabangsa seperti
Persidangan Afro-Asia untuk memburukkan Malaysia.
Hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia
berpanjangan sehinggalah Jeneral Suharto menjatuhkan
regim Sukarno pada September 1965 dan menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik untuk memulihkan
hubungan dengan Malaysia.
Akhirnya Thailand menjadi orang tengah dan rundingan diadakan pada
tahun 1966 yang diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Adam Malik.
Akibatnya Malaysia melancarkan tindak balas, iaitu
mendapatkan bantuan tentera Komanwel dari Fiji, Australia, Britain, Kanada dan
New Zealand. Dan Tunku menghantar bantahan secara rasmi
kepada Setiausaha Agung PBB
berhubung pencerobohan itu, serta Tun Abdul Razak menjelajah ke Afrika bagi
memberi penjelasan terhadap tohmahan Indonesia.
Reaksi Filipina, Presiden Diosdado Macapagal
menuntut ketuanan Filipina ke atas Sabah yang merupakan sebahagian daripada
wilayah Kesultanan Sulu pada bulan Jun 1962.
Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang
ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Sulu Sultan Jamalul Alam
dengan Baron Von Overbeck yang kemudiannya menjual
kepada Alfred Dent. Syarikat
Alfred kemudiannya mendapat Piagam DiRaja British. Pada tahun 1881 bertukar
nama kepada Syarikat Berpiagam Borneo
Utara (SBBU-SBUB).
Pada tahun 1946 SBBU menyerahkan Sabah kepada
kerajaan British dan ditamatkan oleh waris Sultan Sulu iatu Sultan Esmail Kiram
pada 22 Januari 1958.
Pada bulan Jun 1966, Kerajaan Filipina telah
mengiktiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha memulihkan hubungan dalam keanggotaan MAPHILINDO (Malaysia-Filipina-Indonesia).
Walau bagaimanapun isu tuntutan Sulu ke atas Sabah
muncul kembali pada tahun 2013 apabila berlaku pencerobohan tentera Diraja Sulu
atas restu Sultan Esmail Kiram di Kampung Tanduo (Dalam Felda Sahabat 17),
Lahad Datu, Sabah. Ertinya biarpun kerajaan Filipina telah mengiktiraf
penubuhan Malaysia pada tahun 1966, tetapi Kesultanan Sulu masih menuntut
ketuanan mereka ke atas Sabah berdasarkan dokumen 1958.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kepada
individu:
•
Dapat mengetahui
sejarah yang berlaku di negara sendiri
Kepentingan kepada
masyarakat:
•
Menjaga hubungan
sesama kaum seperti menghadiri rumah terbuka sempena perayaan
Kepentingan kepada
negara:
•
Menjalankan
hubungan baik dengan negara lain dari segi ekonomi
SKOP
KAJIAN
Memandangkan Pembentukkan Malaysia merupakan satu
perbincangan yang luas, sudah tentu pelbagai aspek boleh diteliti. Namun
begitu, kajian ini terbatas kepada beberapa perkara seperti
i.
Kajian ini mengenai idea untuk mewujudkan satu
bentuk penyatuan ekonomi &
politik yang melibatkan PTM dengan wilayah
jajahan British.
ii.
Kajian mengenai reaksi
penentangan terhadap pembentukan Malaysia.
iii.
Lokasi kajian ini di PTM & wilayah jajahan
British iaitu Singapura, Borneo
Utara(Sabah), Sarawak dan Brunei.
KAJIAN KEPERPUSTAKAAN
Di
peringkat awal, penyelidik menumpukan kepada kajian perpustakaan. Kajian
perpustakaan untuk pengumpulan maklumat yang berkaitan tentang latar belakang
pembentukan Malaysia serta faktor-faktor pembentukan Malaysia dan apakah reaksi
terhadap pembentukan Malaysia ini. Maklumat yang dikumpulkan merangkumi teori-teori
ynag berkaitan pembentukan Malaysia. Kesemua maklumat ini diperlukan untuk
membina landasan teori kajian dan mengukuhkan kefahaman penyelidik terhadap
pembentukan Malaysia.
Selain itu, kajian
perpustakaan juga dilaksanakan untuk mengumpulkan maklumat berkenanaan dengan
faktor-faktor yang terlibat dalam pembentukan Malaysia bagi mempercepatkan
proses kemerdekaan.
Teks dan
dokumen-dokumen yang berkaitan dengan maklumat di atas diperolehi dari sumber
buku rujukan dan internet serta lain-lain dokumen yanag berkenaan.
KAEDAH KAJIAN
-METODOLOGI
Metodologi yang kami
pilih adalah kaedah kepustakaan dimana kami telah meneliti sumber-sumber
bertulis bagi mendapatkan maklumat tentang pembentukan Malaysia. Sebagai contoh
kami telah menggunakan sumber-sumber bertulis seperti internet dan buku
rujukan. Banyak maklumat yang kami dapati daripada sumber-sumber bertulis ini
contohnya seperti apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia serta apakah reaksi
penentangan terhadap pembentukan Malaysia. Metodologi yang kami lakukan ini
adalah bertujuan untuk mencapai objektif kajian selari dengan tugasan yang
diberikan. Info yang kami perolehi daripada sumber-sumber bertulis ini sangat
membantu kami dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Dalam masa yang sama
kita dapat mengetahui tentang latar belakang pembentukan negara kita.
DAPATAN KAJIAN
Pembentukan
Malaysia merupakan satu perbincangan yang luas. Oleh itu, banyak pihak yang
mendakwa idea pembentukkan Malaysia oleh TAR ini adala tergesa-gesa atau
mengejut tanpa membuat sebarang persediaan awal berhubung pergabunggan
tersebut. Idea TAR ialah untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan
politik yang melibatkan PTM dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura,
Borneo utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.
PENUTUP
Perjalanan
sejarah membuktikan
negara ini pernah diceroboh oleh kuasa asing. Justeru,
masyarakat Melayu selaku
masyarakat peribumi haruslah
mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa
dan raga mereka. Perjuangan
ini kemudiannya disusuli juga oleh kaum-kaum lain yang kemudian bersama-sama
berusaha untuk memartabatkan
sebuah negara yang merdeka. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum
pastinya akan membuahkan
hasil apabila kemerdekaan berjaya dikecapi dan matlamat mendirikan negara berdaulat
tercapai pada tahun 1957.
Seiring dengan perjalanan
masa dan perkembangan politik rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang
merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digagaskan dan
akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 September
1963 tanpa Brunei. Namun, Singapura
pula telah keluar daripada persekutuan Malaysia selepas dua tahun persekutuan
Malaysia ditubuhkan. Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberikan banyak
faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sama ada dari segi politik
mahupun sosioekonomi.
RUJUKAN
•
Buku rujukan Pengajian Am
Tingkatan 6 mukasurat 108 hingga 112 dikarang oleh R.Kuberan, Foo Kok Man serta
Mohd Azami Ahmad.
Siap jugak assignment ak.
ReplyDeletethk la
ReplyDeleteK YOU
ReplyDeleteIzin guna untuk kajian kes. Thank you
ReplyDeleteBorgata Hotel Casino & Spa - JTG Hub
ReplyDeleteThe luxurious Borgata 대전광역 출장안마 Hotel Casino & Spa 안성 출장마사지 is the brainchild of the famed Water Club in Atlantic City. Located on its own property, the 춘천 출장안마 complex 제주도 출장샵 is 의왕 출장샵 home to more than 2,000
Saya berhasil mendirikan bisnis restoran saya melalui bantuan Perusahaan Pinjaman Umum yang memberi saya pinjaman sebesar 350rb dengan tingkat pengembalian 3%, saya membayar setiap bulan, dan ini berjalan sangat baik dengan mereka.
ReplyDeleteSiapa pun yang mencari pinjaman untuk memulai atau memperluas bisnis mereka harus menghubungi Mr pedroloanss@gmail.com atau nomor WhatsApp +1-863-231-0632 tentang cara mendaftar.
Semoga beruntung.